SLOGAN PRU DEWAN
UNDANGAN SABAH KE-17
"UNDILAH DEMI PERUBAHAN SABAH!
BERANI CUBA!"
Slogan “Undilah Demi Perubahan Sabah! BERANI CUBA!” membawa mesej bahawa, masa depan Sabah hanya akan berubah jika rakyat berani membuat pilihan baru. Ia menyeru seluruh rakyat Sabah, khususnya kepada anak-anak muda, golongan Undi18 dan pengundi atas pagar, untuk tidak takut mencuba kepimpinan baru yang lebih jujur, berani dan berpaksikan rakyat.
Hanya dengan keberanian mencuba, perubahan sebenar dapat dilaksanakan demi masa depan Sabah yang lebih gemilang. Slogan ini berteraskan 3 NILAI UTAMA perjuangan Parti Gemilang Anak Sabah:
1. KEBERANIAN
Keberanian rakyat untuk menolak politik lama yang tidak jujur dan memilih haluan baru yang lebih bersih, telus dan berintegriti.
2. HARAPAN
Keyakinan bahawa Sabah mampu bangkit menjadi wilayah maju dan sejahtera apabila rakyat bersatu di bawah kepimpinan yang benar-benar prihatin terhadap nasib rakyat.
3. TINDAKAN
Kesedaran bahawa perubahan hanya berlaku apabila rakyat sendiri bertindak melalui kuasa undi. Setiap undi adalah satu langkah berani menuju perubahan yang diinginkan.
“Undilah Demi Perubahan Sabah! Berani Cuba!” bukan sekadar slogan kempen, tetapi cerminan jiwa perjuangan rakyat Sabah bersama Parti Gemilang Anak Sabah. Ia adalah panggilan berani untuk bangkit, menolak politik lama, dan memulakan era perubahan baru yang lebih ikhlas, jujur dan berani.
Dengan keberanian mencuba, perubahan bukan lagi impian, tetapi, mampu menjadi kenyataan untuk Sabah yang lebih gemilang, sejahtera dan berdaulat di bumi sendiri.
SLOGAN RASMI
"KE ARAH
PERUBAHAN KEPIMPINAN
SABAH"
Slogan “Ke Arah Perubahan Kepimpinan Sabah” menegaskan tekad Parti Gemilang Anak Sabah untuk membawa pembaharuan dalam cara Sabah ini ditadbir. Ia menyeru rakyat agar memilih kepimpinan baru yang lebih bersih, berani dan berpaksikan rakyat, bukan kepentingan luar.
Perubahan sebenar bagi Sabah hanya akan berlaku apabila kepimpinan dalam kerajaan Sabah Baru diterajui oleh anak Sabah sendiri yang jujur, berwawasan dan komited membina masa depan yang lebih adil serta sejahtera untuk seluruh rakyat Sabah.
Daripada politik lama yang membelenggu, kepada politik baru yang membina.
Daripada janji kosong, kepada tindakan yang nyata.
Daripada kepimpinan yang dikuasai pihak luar, kepada kepimpinan yang lahir dari hati rakyat Sabah sendiri.
Sertai perjuangan Parti Gemilang Anak Sabah ➡️ HUBUNGI KAMI