MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN WILAYAH SABAH
Visi ini melambangkan tekad untuk memulihkan semula maruah, kekuatan dan kemakmuran Sabah yang pernah menjadi kebanggaan rakyatnya.
Ia menyeru kepada pentadbiran yang bersih, adil dan berani menuntut hak agar kekayaan Sabah sepatutnya dinikmati oleh rakyat Sabah sendiri.
Kegemilangan yang ingin dikembalikan bukan sekadar ekonomi, tetapi juga perpaduan sosial, kecekapan tadbir urus dan kedaulatan wilayah.
Parti Gemilang Anak Sabah percaya bahawa dengan keberanian rakyat mencuba kepimpinan baru, Sabah mampu bangkit semula sebagai sebuah wilayah yang makmur, bersatu dan berdaulat di bumi sendiri.
MENGEMBALIKAN YANG HAK PADA TEMPATNYA
Misi ini adalah komitmen Parti Gemilang Anak Sabah untuk menegakkan keadilan dan mengembalikan hak-hak rakyat Sabah yang selama ini terpinggir atau disalah urus.
Ianya membawa maksud bahawa setiap hak sama ada hak Sabah, hak ekonomi, hak sosial, atau hak rakyat dalam pentadbiran, mesti dikembalikan kepada pihak yang sepatut menerimanya.
Misi ini juga menyeru kepada pembaharuan dalam cara Sabah ditadbir, supaya hak rakyat kecil, petani, nelayan, penjaja, anak muda, dan semua lapisan masyarakat diiktiraf dan dilindungi.
Dengan mengembalikan yang hak pada tempatnya, Parti Gemilang Anak Sabah berhasrat mewujudkan pentadbiran yang lebih adil, telus dan benar-benar berpihak kepada rakyat Sabah.
Sertai perjuangan Parti Gemilang Anak Sabah ➡️ HUBUNGI KAMI